Tuesday, January 1, 2008

Surau Balai Islam

Surau Balai Islam yang dimaksudkan di sini adalah Surau Balai Islam, Jalan Tun Razak, 54000 Kuala Lumpur. Surau Balai Islam (SBI) ini terletak di atas bukit berhampiran kawasan Flat Pekeliling, di tepi Jalan Tun Razak, di penjuru sebelum memasuki Jalan Pahang, berhampiran bulatan Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Pada suatu ketika dahulu SBI senentiasa dipenuhi oleh jamaah ketika waktu salat daripada golongan dewasa dan kanak-kanak hinggalah kepada golongan muslimatnya. Kita mengharapkan masa itu akan berulang lagi.

Kekurangan jamaah di sini kerana pemastautin di kawasan tersebut telah dipindahkan ke beberapa kawasan perumahan baru terutama di kawasan Setapak, kerana kawasan Pekeliling hendak dibangunkan oleh pihak berkuasa. Kekurangan pemastautin tetap antara faktor SBI tiada sambutan untuk menunaikan salat berjamaah. Jamaahnya agak terhad dan boleh dibilang dengan jari .

SBI menjemput orang ramai yang melalui Jalan Tun Razak supaya dapat meluangkan masa menunaikan salat di situ.

Walau bagaimanapun pada hari Jumaat, ketika waktu pejabat ramai pengunjung yang bekerja berhampiran SBI menunaikan salat Jumaat sehingga penuh sesak oleh jamaah. Kami Jawatankuasa di SBI amat mengalu-alukan kehadiran Jamaah terutamanya pemandu-pemandu teksi dapat beriktikaf di sini untuk seketika.

Moga-moga kehadiran tuan puan semua akan menceriakan semula SBI seperti sebelum perpindahan pemastautin di kawasan tersebut.

No comments: